Rakyat Malaysia Terkandas di Lombok Dibawa Pulang – TPM

BERITA RAKYAT – Kerajaan akan membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas di Lombok, Indonesia, akibat gempa bumi yang melanda wilayah itu, Ahad lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan juga akan menyediakan suatu penempatan khas di kawasan selamat di Lombok bagi menempatkan semua rakyat Malaysia yang terkandas di sana supaya mereka dapat kembali ke negara ini secepat mungkin.

 “Saya kira kita akan membuat penempatan di sana untuk melicinkan kerja mengenal pasti supaya mereka dapat kembali secepat mungkin, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Simulasi Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Sekolah dan Komuniti Kota Kuala Muda.

Turut berangkat ke program itu ialah Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Pada majlis itu, Dr Wan Azizah turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM200,000 daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk penambahbaikan laluan di belakang SMK Kuala Muda yang digunakan sebagai laluan evakuasi, selain menambah baik Pusat Pemindahan Sementara di sekolah itu.

Lombok Utara mengalami gegaran gempa bumi berukuran skala tujuh magnitud yang turut dirasai di sekitar Pulau Lombok, Pulau Sumbawa, Pulau Bali dan Jawa Timur pada jam 6.46 petang, Ahad lalu.

Sehingga kini, lebih 90 mangsa dilaporkan terkorban akibat bencana itu namun ia tidak membabitkan rakyat Malaysia.

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam kenyataan sebelum ini, memaklumkan seramai 161 warga Malaysia yang masih berada di pulau pelancongan itu sudah dapat dihubungi dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah berkata, kerajaan menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terbabit dalam bencana itu yang kini sudah dua kali melanda Lombok pada bulan lalu yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan sudah menawarkan untuk menghantar misi bantuan ke Lombok melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) namun sehingga kini belum menerima maklum balas dari sana.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada mereka dan saya kira kita haruslah belajar dari pengalaman supaya kita turut siapsiaga (kemungkinan bencana) memandangkan jarak Malaysia dan Lombok adalah dekat, ” katanya.

Terdahulu, melalui program simulasi terbabit, Dr Wan Azizah berkata, rakyat negara ini tidak harus alpa dan leka terhadap sebarang kemungkinan risiko bencana alam sehingga mengabaikan aspek persiapan dan kesiapsiagaan.

Katanya, negara sendiri membangunkan sistem pengurusan bencana negara berteraskan teknologi maju dikenali sebagai ‘remote sensing’ untuk menyelaraskan maklumat bencana di bawah satu sistem selain membangunkan aplikasi untuk pemetaan kawasan berisiko bencana Tsunami.

(AH)

 

7 Komentar

  1. ORION是一部擁有三重長脈衝 755nm/1064nm/532nm的激光儀,提供專業和最新的技術,強調其穩定性和便利性的能力。另外,最佳的參數是基於各種臨床結果提供的。三長脈衝激光系統 -Long pulsed Nd:YAG (1064nm) -Long pulsed Alexandrite (755nm) -Long Pulsed KTP (532nm) 先進技術 – 氣冷卻系統(ACD) – 智能面板 – 三波長 – 高電源 應用 -Long pulsed Nd:YAG (1064nm)●脫毛●嫩膚●血管病變●腿部靜脈曲張●痤瘡●灰指甲●疣-Long pulsed Alexandrite (755nm)●脫毛●美白肌膚●色素性病變●黑頭●黃褐斑●疤-Long Pulsed KTP (532nm)●血管病變●酒渣鼻●色素性病變●太陽雀斑●美白肌膚●鮮紅斑痣●血管瘤

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan.


*