Angka Korban Gempa Di Lombik Cecah 387

BERITA RAKYAT – Angka kematian akibat gempa bumi di Lombok mencecah 387, kata pihak berkuasa hari ini, menambah ratusan ribu lagi yang kehilangan tempat tinggal berhadapan kekurangan air bersih, makanan dan ubat selepas hampir seminggu.

Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud Ahad lalu meranapkan puluhan ribu rumah, masjid dan premis perniagaan seluruh Lombok, cuma seminggu selepas satu lagi gegaran melanda kepulauan itu yang mengorbankan 17 orang.

 “Diramalkan angka kematian akan meningkat kerana masih ada mangsa yang disyaki tertimbus akibat tanah runtuh dan terperangkap di bawah runtuhan, dan ada mangsa direkodkan dilaporkan kepada polis,” kata jurucakap agensi bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nughoro.
Bilangan yang terpaksa meninggalkan kediaman dalam bencana itu bertambah menjadi 387,000, katanya, dengan 13,000 lagi cedera.

Wilayah utara Lombok paling teruk terjejas dengan 334 maut dan hampir 200,000 terpaksa meninggalkan rumah, menurut angka rasmi terbaru.

Nugroho berkata, tempoh tindak balas kecemasan dilanjutkan 14 hari lagi, yang membolehkan pihak berkuasa menangani banyak masalah yang masih wujud di lapangan.

Ramai mangsa tidur di dalam khemah berhampiran rumah yang musnah atau di pusat perlindungan, manakala kemudahan perubatan bergerak didirikan untuk merawat mangsa cedera. — AFP

(AH)

7 Komentar

  1. 我們採用國際及美國食品及藥物管理局FDA認可的CO2 激光儀 LUTRONICS® SPECTRA SPR, 具安全性, 準確度高 . 二氧化碳激光可安全地去除皮膚上的癦痣、肉粒、疣、老人斑等問題。此激光的幼細光束可準確及直接地將要去除的組織氧化,過程快捷,傷口細小及乾淨,對周圍的皮膚傷害減至最少。一般1-2次就可永久去除。

  2. 除毛雷射、雷射除毛、永久性除毛、銣雅克雷射、脈衝光、紅寶石雷射、亞力山卓雷射、雙極雷射等一些相關議題、似是而非或有爭議的事項的披露與討論。

  3. 通過水光療程抑制黑色素細胞生長的成分注射到真皮層,減少黑色素形成,淡化黑斑色素沉澱,從而達到美白祛斑的效果 療程特色 :可配搭多元化產品來量身訂做不同療​​程計算機化規格,操作方便,容易控制可調節進針深度,精準注射於目標的肌膚層 每針的注射劑量相等,達到均勻注射 一次平均5點注射,可縮短療程時間 採用31號細針頭,幾乎看不到入針點 降低疼痛、瘀血、腫脹及不適感 使用靈活度高,可複合式搭配針劑,量身訂製療程

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan.


*